Kisah Hidup Maher Zain
Tiga tahun dahulu Maher Zain merupakan seorang pengunjung tegar pusat hiburan dan sering meneguk minuman beralkohol serta pernah mengambil dadah untuk dijadikan peneman hidupnya.Hidupnya jauh dengan ajaran Islam dan selalu berkawan dengan orang yang tidak baik. Paling mengejutkan beliau langsung tidak mengingati bacaan surah al-Fatihah, bermakna beliau tidak pernah menunaikan solat lima waktu!
Apabila Allah masih menyayangi kita, Dia akan berikan laluan untuk kita mendekatiNya. Itulah yang dilalui oleh Maher Zain apabila beliau terasa dirinya amat kekosongan. Ketika bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan album, RedOne, Maher Zain sering ke masjid dan berjumpa dengan rakan-rakan baru yang banyak menasihati beliau untuk kembali ke pangkal jalan. Akhirnya timbul kesedaran dalam diri Maher Zain untuk kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mula berkarya dalam lagu-lagu bersalut keTuhanan. Menariknya, setiap lagunya mempunyai kisah yang pernah dialaminya sendiri. Tak mustahillah setiap lagunya kedengaran seperti ikhlas dinyanyikan dari hati.
Pendidikan
Ramai penyanyi mempunyai latar belakang pendidikan yang hebat. Seperti Maher Zain, beliau merupakan seorang graduan Sarjana Muda Kejuruteraan Aeronautik. Bukan calang-calang orang. Tapi beliau memilih untuk menjadi penyanyi lagu-lagu keTuhanan yang pada pandangan aku ianya memang satu tindakan yang baik. Lainlah kalau dia memilih untuk menjadi penyanyi yang ntahapahapantah, itu satu tindakan yang sangat merugikan dirinya sendiri walaupun dia menjadi glamour. Mengajak manusia untuk mendekatkan diri kepada Allah, tiada yang lebih baik daripada itu.